Cara Merawat Rahim (Peranakan) Jatuh - Abang Terlajak Laris


Cara Merawat Rahim (Peranakan) Jatuh


Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang. Melalui rawatan jamu, rahim dikecutkan dengan meminum ramuan berikut:

Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.

Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin.

Sentiasa disiplinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan. 

Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi.

Pantang

Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk

Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki. Pakai stokin

Elakkan mengangkat barang berat

Elakkan bersama buat sementara waktu

Amalkan

Ambil herba untuk memanaskan rahim

Buat senaman kagel

Buat senaman seperti “Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali”

Bertungku. Bagus untuk melancarkan darah & mengecutkan rahim yang kembang.

Sumber: Nurul Diyana Kamaludin

No comments

Powered by Blogger.