Cara Mudah Masak Ayam Kukus Halia Sedap! - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Masak Ayam Kukus Halia Sedap!


Abang nak kongsikan kepada anda satu resepi sihat yang boleh anda cuba.

Caranya tak susah mana pun.

Jom cuba.

Bahan bahannya..

1) 500 gm ayam ( bahagian paha & kepak )
2) 4 sudu teh lada putih
3) 1 sudu besar minyak bijan
4) 2 sudu besar madu
5) 150 gm halia (dikisar halus )
6) 100 gm bawang putih (dikisar halus )
7) 100 gm bawang merah (dikisar halus )
8) 50 gm daun sup (dihiris halus )
9) 50 gm daun bawang (dihiris halus )
10) Garam secukup rasa.

Cara caranya ialah..

1) Bersihkan ayam dan gaul bersama bahan-bahan yang telah dikisar.
2) Masukkan dan gaul dengan lada putih, minyak bijan dan madu.
3) Biarkan dalam 1 jam.
4) Kemudian kukus ayam tersebut sehingga masak.
Siap!

No comments

Powered by Blogger.