Dah Ramai Anak Perempuan, Ikhtiar Untuk Dapat Anak Lelaki - Abang Terlajak Laris


Dah Ramai Anak Perempuan, Ikhtiar Untuk Dapat Anak Lelaki


Kalau sudah ada tiga anak perempuan tentunya seorang ibu itu mengharapkan kehadiran anak lelaki pula. Paling tidak seorang, barulah terasa lengkap famili. Namun bukanlah kuasa kita untuk menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan. Segalanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.

Buat ibu bapa yang menginginkan kehadiran anak lelaki ikhtiar perkongsian Dr. Zubaidi Haji Ahmad bolehlah diusahakan.

Antara petua yang selalu diberitahu untuk mendapat anak lelaki berkait dengan pemakanan. Tapi menurut beliau secara saintifiknya belum ada kajian yang mengesahkan bahawa pemakanan akan menentukan jantina anak. Namun ada kajian yang menunjukkan bahawa pemakanan mempengaruhi jantina anak yang dikandung oleh seorang wanita.

1. Ambil makanan berkalori tinggi
Dalam kajian yang dilakukan oleh saintis di Oxford dan Exeter Universities terhadap 740 wanita mendapati wanita yang mengambil makanan berkalori tinggi ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki.

2. Makan pisang
Dalam kajian yang agak lemah, saintis melakukan kajian tersebut juga dapat membuktikan bahawa ramai wanita yang makan pisang dalam kuantiti banyak melahirkan bayi lelaki. Ini kerana pisang mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Jadi benarlah petua yang kita dengar sebelum ini mengatakan jika mahu dapat anak lelaki banyak kan makan pisang sebelum melakukan hubungan intim dengan suami.

3. Minum susu
Bahkan ada juga petua yang mengatakan minum susu sebelum hamil juga boleh membantu mendapatkan anak lelaki.

4. Makanan laut
Begitu juga dengan petua yang mengatakan bahawa makanan laut boleh menyebabkan ibu hamil anak lelaki. Tiada bukti dari segi sains perubatan tapi tidak salah mencubanya.

Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam faraj wanita dapat diubah menjadi lebih beralkali, kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi.

Basuh bahagian intim dengan cecair alkali

Oleh itu mereka mencadangkan setengah jam sebelum melakukan persetubuhan, si isteri membasuh bahagian intim dengan sejenis cairan yang mengandungi sodium bicarbonat' yang bersifat beralkali menggunakan teknik 'douching'.

Tak salah kita mencuba, kemudian serahkan segalanya kepada takdir-Nya. Jika bukan rezeki memiliki anak lelaki bersyukurlah jika anak yang dilahirkan itu sihat sempurna tak kira lelaki atau perempuan.

No comments

Powered by Blogger.