Keguguran, Terpaksa Bekerja Lepas 2 Minggu, Ini Cara Berpantang Ketika Di Pejabat - Abang Terlajak Laris


Keguguran, Terpaksa Bekerja Lepas 2 Minggu, Ini Cara Berpantang Ketika Di Pejabat


Bidan Melayu lama percaya, jika ibu keguguran tidak dijaga dan dirawat dengan sempurna selepas bersalin, maka rahimnya akan sentiasa berada di dalam keadaan lemah.

Jika anda merupakan ibu yang keguguran dan terpaksa bekerja selepas 2 minggu, berikut adalah atur cara berpantang yang boleh dilakukan ketika di pejabat.

1. Pastikan anda sentiasa berpeluh
Jika tempat kerja berhawa dingin, anda perlu memakai baju lengan panjang tebal lengkap berstokin. Ingat. Angin bisa mampu masuk ke badan wanita melalui ubun-ubun dan ibu jari kak selepas bersalin. Pengabaian amalan ini membuatkan ibu mudah diserang angin sejuk sepanjang masa. Badan mudah lenguh lenguh dan kerap sakit pada bahagian anggota seperti pinggang, lutut dan tumit.

2. Elakkan angkat barang berat
Seboleh-bolehnya 2 bulan selepas keguguran. Amalan angkat benda berat ketika pantang keguguran mengakibatkan rahim menjadi lebih lemah. Peranakan ibu mudah jatuh lalu mengakibatkan ibu mudah ssakit pinggang dan lebih merisaukan, potensi untuj keguguran berulang.

3. Amalan herba untuk kuatkan organ peranakan
Meskipun anda tidak bersalin, keguguran menunjukkan rahim anda bermasalah. Amalan herba yang sesuai dapat merawat luka selepas D&C, memantapkan otot sekeliling faraj dan menyihatkan rahim. Mengabaikan amalan herba selepas keguguran mengundang 1001 penyakit badan dan emosi. Meroyan juga mudah menghinggap ibu yang tidak berubat herba selepas keguguran.

4. Elakkan berjalan dan berdiri dalam tempoh yang lama
Banyakkan duduk, ia adalah amalan yg sangat menjaga rahim agar mudah sembuh untuk mengelakkan keguguran berulang.

5. Pantang makan sehingga kembali hamil
Kalau nak cepat sihat, nak mudah hamil kembali, nak elakkan keguguran berulang pantang segala buah sayur yang sejuk dan berangin. Ikan- ikan berbisa dan ayam berhormon sehingga anda hamil kembali.

Buat wanita yang keguguran berulang, saya cadangkan anda ambillah cuti utk berpantang dan berehat secukupnya sehingga 44 hari agar rahim anda mampu kembali sihat.

Sumber: Siti Aishah

No comments

Powered by Blogger.