Kurang Minum Air Kosong Setiap Hari, Ini 5 Kesan Buruknya.. - Abang Terlajak Laris


Kurang Minum Air Kosong Setiap Hari, Ini 5 Kesan Buruknya..


Sebenarnya tubuh badan orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memastikan tubuh badan berfingsi dengan baik. Jika tidak, mulalah datang masalah kesihatan. Nak tahu kesannya?

1. Mulut kering. Amalkan minum air kosong kerana ia memastikan mulut sentiasa dalam keadaan lembap.
2. Kulit kering. Kulit kering ini apabila dipegang terasa kasar. Kulit pun menjadi kurang anjal apabila ditekan. Lebih teruk kalau ianya mula mengelupas.
3. Kulit yang kering menyebabkan kulit mudah berkedut dan timbul garisan halus terutamanya di bahagian muka. Kalau dibiar berterusan, tentulah akan menyebabkan anda nampak tua daripada umur yang sebenarnya. 
4. Apabila kurang air dalam badan, bukan sahaja mulut dan kulit kering malah mata turut terjejas. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memakai kanta pelekap atau ‘contact lense'. Mata anda akan sentiasa rasa gatal dan pedih.
5. Apabila air kurang dalam badan, oksigen juga akan kurang mengalir dalam badan. Ini menyebabkan badan cepat letih dan kurang stamina.

No comments

Powered by Blogger.