Lelaki Awas Dengan 5 Punca Kemandulan Ini! - Abang Terlajak Laris


Lelaki Awas Dengan 5 Punca Kemandulan Ini!


Lelaki Memainkan peranan kira-kira 24% dalam kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan anak. 

Namun kebanyakan daripada mereka dikategorikan sebagai kurang subur dan bukannya kemandulan penuh.

Jom kita lihat apa puncanya..

1. Sesetengah lelaki mungkin mengalami masalah di mana kandungan sperma dalam testis mereka tidak benar-benar mencukupi. Faktor ini menyumbang kira-kira 16% kepada penyebab kemandulan bagi seseorang lelaki.

2. Sebilangan lelaki juga mengalami masalah di mana kandungan sperma mereka kurang sihat. Rupa bentuk sperma yang tidak sihat dan kurang sempurna menyebabkan pergerakan sperma di dalam saluran persenyawaan isteri terganggu. Ini menyebabkan peratusan persenyawaan untuk menjadi sangat rendah.

3. Jangkitan kuman seperti gonoccal, chlamydia, gram negative enterococci menyumbang kira-kira 4% kepada penyebab kemandulan. Jangkitan ini akan menyebabkan kesakitan semasa proses ejakulasi bersama isteri. Jangkitan juga boleh diperolehi melalui saluran persenyawaan isteri.

4. Faktor Kongenital - Ia boleh disebabkan oleh kromosom yang tidak sihat dan sempurna, juga boleh disebabkan faktor-faktor kongenital lain seperti sindrom klinefelter, cryptorchodism dan sebagainya.

5. Pengambilan ubat - Kanabis atau ganjia sebagai contohnya didapati mampu menyebabkan kemandulan kepada seseorang lelaki. Antibiotik Tetracycline akan menurunkan hormon testosteron sebanyak 20%. Nitrofurantoin pula akan menyekat dan membantutkan proses spermatogenesis (penghasilan sperma). Sulfasalazine pula akan mengurankan bilangan serta melambatkan pergerakan sperma semasa proses persenyawaan.

Sumber: Lelakisihat

No comments

Powered by Blogger.