Miliki Peha Besar? 4 Pakaian Ini Perlu Elakkan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Miliki Peha Besar? 4 Pakaian Ini Perlu Elakkan


Saiz peha besar memang buatkan wanita kurang keyakinan diri. Tapi sebenarnya ada cara untuk anda tampil cantik dan menarik.

Cuba semak dan elak dari pakai 5 jenis fesyen ini!

1. Legging? Big No
Sebaiknya elakkan memakai legging atau pakaian bawah yang ketat. Ia buatkan peha anda nampak seperti ‘nangka busuk’. Lebih baik pilih seluar yang sedikit longgar.

2. Elakkan mini skirt
Mini skirt buatkan peha anda kelihatan lebih besar dari badan anda. Jika ingin lebih menarik, gayakan skirt tiga suku dan pastikan bawah paras lutut.

3. Elakkan Wedges
Wedges membuatkan penampilan anda kelihatan lebih besar. Pilih high heels dan anda akan tampil lebih elegen.

4. Pilih pakaian corak yang kecil
Elakkan memakai pakaian bawah dengan motif/corak yang besar kerana ia buatkan peha anda nampak lebih besar. Pilih corak dengan garis menegak akan memberi kesan ‘langsing’ pada peha.

5. Banyakkan koleksi pakaian warna hitam
Tidak dapat dinafikan pakaian hitam berikan ilusi ‘kurus’. Jadi cara paling selamat, banyakkan koleksi pakaian warna hitam.

Sumber: Hanasuva

No comments

Powered by Blogger.