Mulakan Bisnes Online Anda Sendiri Dengan 3 Langkah Mudah! - Abang Terlajak Laris


Mulakan Bisnes Online Anda Sendiri Dengan 3 Langkah Mudah!


Sejak kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang mula mencari cara untuk mulakan perniagaan sambilan tanpa kos ataupun dengan modal yang minima.

Apa yang sebenarnya kita perlu ada?
1. Produk atau perkhidmatan yang kita nak jual.
Kalau takde produk, macam mana nak buat bisnes kan? Untuk perniagaan sambilan, cari satu produk berdasarkan minat ataupun hobi kita. Bila kita jual sesuatu yang kita minat, yang kita ada passion, biasanya kita akan lebih bersemangat and seronok. Jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan bisnes yang orang lain buat. Lagi satu cabaran kalau jual produk yang kita tak minat dan kadang-kadang tak pernah cuba pun adalah kita akan mudah putus asa bila gagal dapatkan jualan.
2. Platform yang anda nak guna. 
Contoh platform (ataupun bahasa lain – channel pemasaran) adalah:
Facebook
Instagram
Twitter
Blog
Email
Minisite
Dan banyak lagi…
Guna dengan platform yang kita dah biasa guna. Tak perlu bazir masa nak cuba buat website, blog, shopping segala bagai yang kita memang tak pernah cuba pun sebelum ini. Bila dah maju dan nak berkembang, barulah kita explore platform-platform lain yang dirasakan sesuai untuk bisnes kita.
3. Promosikan produk kita.Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri. Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram. Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.
Jadi pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik yang tak dapatkan hasil.

Sumber: FirdausAzizi

No comments

Powered by Blogger.