Pernah Tak Makan Serunding Halia? Ini Resepinya.. - Abang Terlajak Laris


Pernah Tak Makan Serunding Halia? Ini Resepinya..


Pernah tak anda cuba serunding halia. Sebenarnya abang pun baru tahu.

Kepada yang nak cuba resepi ni, boleh ikut seperti dibawah.

Bahan bahannya ialah..

Halia muda (diparut menggunakan pemarut)
Minyak masak (secukupnya)
Ikan Bilis ( secukupnya)
Perasa (Ajinomoto & Garam)- Secukup rasa


Cara caranya ialah.. 

Bersihkan halia terlebih dahulu dan buangkan kulitnya. 


Kemudian parut halia tersebut menggunakan pemarut buah-buahan yang ada ataupun tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat. Letakkan di pinggan yang berasingan.



Ikan bilis jika ianya bersaiz besar belahkan bahagian badannya menjadi dua. Buang isi perut ikan bilis tersebut dan basuh. Tumbuk ikan bilis dengan lesung batu. Letakkan di pinggan yang berasingan juga.

Panaskan minyak masak, masukkan halia yang telah diparut. Goreng sehingga ranggup.


Kemudian angkatkan halia yang telah digoreng tadi dan letakkan di atas pinggan yang dilapik menggunakan tisu untuk membuang sedikit minyak yang ada pada halia goreng tersebut.

Kemudian gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat ikan bilis tersebut dan gaulkan bersama halia yang telah digoreng tadi. Letakkan sedikit ajinomoto dan garam secukup rasa.

Anda boleh hidangkan serunding untuk hidangan atau simpan ke dalam bekas untuk kegunaan pada masa yang akan datang.


**Serunding halia boleh bertahan lama dan sangat baik untuk kesihatan bagi menghilangkan angin di badan dan melancarkan peredaran darah.

Sumber gambar:‎ Bibiana Layola

No comments

Powered by Blogger.