Resepi Mudah Mee Goreng basah - Abang Terlajak Laris


Resepi Mudah Mee Goreng basah


Korang masak apa hari ni? Kalau dapat makan mee goreng basah sedap juga kan? Jom cuba resepi ni. 





Kali ni abang nak kongsikan kepada anda cara buat mee goreng basah.
Bahan- bahan :
Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos.
Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos.

Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos.

Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos.
Tomato 1 biji dibersihkan dan dibelah 6.
Cili kisar 4 sudu besar.
Sos cili 5 sudu besar.
Sos tiram 1 sudu besar.
Sos ikan 1 sudu besar.
Kicap pekat 1 sudu besar.
Kicap manis 5sudu besar.
Kicap mee 2 sudu besar.
Air putih 1 cawan kecil.
Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis.
Bahan bahan tumbuk
Cili api 10 biji.
Bawang putih 3 ulas.
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat.
Cara-caranya ialah :
1. Panaskan kuali. Masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil.
4. Masak dan kacau  bagi sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi. Pastu masukkan mee kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak..Siap
5. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan ajinomoto, sebab rasa kicap kicap tu semua dah cukup.
Resepi: Ida Ruslida

No comments

Powered by Blogger.