Cara Buat Sotong Percik Jadi Sedap! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Buat Sotong Percik Jadi Sedap!


Hari ni abang nak berkongsikan kepada anda semua satu resepi ni. Sotong percik? Pernah tak anda buat.

Kalau nak cuba boleh ikut resepi dibawah ini.

1 Kilo sotong

Bersihkan, potong jangan putus.
Gaul dengan garam dan kunyit.
Kukus sekejap je dalam 5 minit untuk keringkan air je.
Sotong akan tetap lembut bila dibakar.



Kuah percik

4 batang serai ketuk
2 biji bawang besar 
5 ulas bwng merah**
1 ulas bawang putih**
Halia**
Kunyit hidup**
Cili kering secukupnya direbus**

Kisar semua bahan **
Asam keping.
Gula. 
Garam
1/2 cawan santan pekat

1. Tumis serai. 
2. Dah bau masukkan bahan kisar.
3. Pecah minyak. 
4. Masukkan santan, asam keping, gula dan garam.
5. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan.
6. Celupkan sotong yang dikukus tadi kedalam kuah.
7. Pastikan kuah melekat pada sotong.
8. Kalau tak melekat maknanya kuah masih cair.
9 .Bakar api besar, sambil tuang kuah sikit sikit atas sotong, balik balik kan, sekejap saje ye, Agak agak nak garing, angkat.
10. Tuang kuah apabila nak dihidangkan.

Resepi: abangjin

No comments

Powered by Blogger.