Resepi Sup Untuk Anak Demam Dan Selsema - Abang Terlajak Laris


Resepi Sup Untuk Anak Demam Dan Selsema


Resepi ini dikongsikan oleh seorang yang bekerja sebagai jururawat, menurutnya sejak amalkan sup ini, anaknya yang selalu demam, batuk dan selsema makin kurang.

Bahan-bahannya:

5 biji buah pelaga
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji lada hitam
3 cawan air
1 batang lobak merah yang dipotong dadu atau dihiris bulat(terpulang kepada anda berapa banyak)
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk

Cara Membuatnya:

1. Didihkan semua seperti memasak sup
2. Untuk lebih menyelerakan dan sedikit karbohidrat, anda boleh tambahkan mee hoon atau pun spagheti.
3. Untuk sumber protein pula, anda boleh gantikan ikan bilis tadi dengan isi ayam. Untuk lebih menarik lagi, tambahkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

makanan sedap-sedap di sini.mari datang selagi masih ada #tomahmakanterlajaklaris

A post shared by Romahmakanterlajaklaris (@romahmakanterlajaklaris) on

No comments

Powered by Blogger.