Sering Mengalami Kemurungan? 6 Makanan Ini Boleh Membantu Anda - Abang Terlajak Laris


Sering Mengalami Kemurungan? 6 Makanan Ini Boleh Membantu Anda


Kerap merasa sedih dan tertekan? mungkin anda sedang mengalami kemurungan. Untuk mengatasi hal tersebut boleh dengan bersosial, ketawa dan berkongsi cerita.

Namun itu sahaja tidak cukup, tubuh juga memerlukan pengambilan makanan yang boleh merangsang kebahagiaan. 

Mengikut laman web Lifespan, makanan ini dapat membantu untuk mengurangkan masalah kemurungan.

1. Kandungan beta karotena dan vitamin B dapat menangkis masalah kesihatan mental dan menjaga fungsi hati. Bila hati berkecamuk cubalah mengambil ubi keledek.

2. Kandungan lycopene pada tomato ceri mempunyai antioksidan yang dapat meningkatkan fungsi hati kita. Selain itu ia juga bermanfaat untuk kulit yang muai menunjukan tanda-tanda penuaan. 

Tambah minyak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak canola. Ia membantu proses penyerapan likopena ke dalam kulit.

3. Minuman ini memang terkenal diminum ketika keadaan stres. Dalam sebuah kajian baru menunjukkan tahap kebimbangan seseorang berkurang selama lapan minggu dengan rutin pengambilan teh chamomile. Sebuah pusat perubatan pun menyatakan minuman ini dapat membantu meningkatkan kualiti tidur dan melawan stres.

5. Bayam - Sayuran hijau dapat membuat anda bahagia, pasalnya kandungan zat besi dan asid folik boleh meningkatkan kesihatan sel-sel darah merah dan sistem kekebalan tubuh.

6. Ketika merasa marah, baran dan stres ambilah pisang. Kandungan vitamin B boleh memberikan tenaga dan membantu meningkatkan kesihatan sistem saraf dan perkembangan sel-sel.

No comments

Powered by Blogger.