Suka Makan Ayam Buttermilk? Jom Buat Sendiri - Abang Terlajak Laris


Suka Makan Ayam Buttermilk? Jom Buat Sendiri


Resepi Ayam Buttermilk kegemaran ramai yang sedap dan abang rasa ramai yang suka resepi. Betul tak?

Caranya taklah susah mana pun.

Bunyi je macam menu mat saleh, guna butter dan cheese je yang lain bahan bahan masak biasa.
2 Keping ayam dibuang tulangnya – di potong kecil
Beberapa keping cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar cili padi – di cincang
1 sudu besar cili merah – di cincang
230 ml susu cair
1 pelepah daun kari
Secubit serbuk perasa ayam knorr
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Serbuk kari jika perlu
Bahan perap:
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Cara memasaknya ialah.
1. Mula-mula perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.
2. Masak ayam yang sudah di perap sehingga kekuningan
3. Tumis cili, serbuk kari dan daun kari dengan butter hingga naik bau.
4. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
5. Lepas tu masukkan cheese, serbuk perasa ayam knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Masukkan ayam dan masak dalam 2, 3 minit sahaja.
7. Tutup api dan ayam siap dimakan. 

Makan dengan nasi panas panas ni memang sedap!

Makan makan juga tapi jangan berlebihan ya..Tak bagus untuk kesihatan. Dapatkan makanan tambahan daripada sumber yang berkualiti seperti terkandung dalam Gamolex Gold ini.


No comments

Powered by Blogger.