10 Cara 'Goda' Suami Bantu Isteri Buat Kerja Rumah - Abang Terlajak Laris


10 Cara 'Goda' Suami Bantu Isteri Buat Kerja Rumah


Agar rumah tangga kekal harmoni, suami haruslah sama-sama membantu meringankan bebanan isteri dalam menguruskan hal di rumah. Buat semua isteri, pastikan anda ikuti 10 tips memujuk ini agar suami anda juga turut bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal di rumah.  

1. Jangan sesekali menggunakan ayat perintah. Semestinya anda tidak mahu suami merasakan yang dia seperti orang suruhan anda. Sebagai ketua keluarga tentu sahaja dia rasa tercabar jika isterinya memberikan arahan sebegitu.

2. Pujuk suami untuk membantu anda dengan cara yang berhemah dan kata-kata yang lembut. Cara ini akan membuatkan suami turut sama membantu anda.

3. Berikan tunjuk ajar kepada suami sebelum memintanya melakukan kerja-kerja di rumah. Tidak semua suami mahir dan tahu tentang kerja atau peralatan yang ada di rumah.

4. Berikan pelukan dan rangkul pinggang suami dari belakang ketika suami sedang melakukan kerja-kerja rumah misalnya ketika suami sedang mencuci pinggan. Pelukan mesra ini akan memberi ketenangan jiwa kepada suami.

 5. Luah dan ceritakan kepada suami tentang kepenatan menguruskan rumah tangga yang anda alami selama ini. Luahan ini akan memberi kelegaan dalam diri anda sekali gus mengundang rasa simpati suami untuk membantu anda.

6. Ajak suami untuk sama-sama menguruskan kerja-kerja rumah. Dengan cara ini membolehkan kerja tersebut selesai dengan cepat dan melancarkan lagi kerja-kerja anda berdua.

7. Bagi memudahkan suami, buatkan pembahagian dan jadual tugas anda berdua. Libatkan juga anak-anak dalam jadual tugas ini agar mereka dapat mempelajari erti kerjasama, kewajipan dan tanggungjawab.

8. Beri kejutan dengan menampalkan nota kata-kata romantis dan memuji suami di ruang yang mudah dilihat sebagai tanda yang anda gembira dengan pertolongan yang diberikan suami. Cara ini pastinya membuatkan suami rasa terharu dan gembira.

9. Jangan sesekali membebel atau marah jika suami melakukan kesilapan ketika menguruskan kerja-kerja rumah bagi mengelakkan suami hilang minat untuk membantu anda. Sebaiknya tegurlah kesilapan suami dengan baik.

10. Ungkapkan kata-kata manis yang memuji suami apabila suami selesai melakukan kerja-kerja rumah dengan jaya. Ucapan memuji mahupun terima kasih ini menunjukkan yang isteri menghargai bantuan suami kepadanya.    

No comments

Powered by Blogger.