5 Tip Elak Kuku Kaki Tumbuh Ke Dalam Kulit - Abang Terlajak Laris


5 Tip Elak Kuku Kaki Tumbuh Ke Dalam Kulit


Jika korang pernah mengalami masalah kuku kaki yang tumbuh kedalam kulit dan tidak sempurna, mesti korang pernah rasa sakit dan tidak selesa.

Disebabkan kuku yang tumbuh ke dalam kulit, bakteria mudah untuk masuk kedalam seterusnya menyebabkan jangkitan,

1. Rendam Dalam Air Garam Suam.
Rendam kaki kedalam bekas berisi air suam dan garam selama 15 minit setiap hari. Cara ini akan dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada bahagian kuku. Juga dapat mengurangkan bau kaki.

2. Gunakan Kapas Kecil

Selepas rendaman dalam air garam, ambil kapas kecil dan bersihkan pada bahagian kuku yang terlebih dan isi kulit. Kaedah ini akan membuatkan jarak pada kuku dan kulit,

3. Trim Sedikit Pada Bahagian Kulit
Sementara kulit kaki yang lepas direndam tadi masih lembap, gunakan pemotong kuku untuk mengasingkan kulit kaki daripada kuku. Hati-hati ya takut terpotong pula isi.


4. Pakai Kasut Yang Tidak Terlalu Ketat
Kasut yang ketat akan menyebabkan tekanan pada bahagian kaki khususnya pada bahagian kuku dan isi. Pastikan kasut korang tak terlalu ketat ok!

5. Potong Bahagian Sisi Kuku Kaki Secara Lurus


Ketika memotong kuku kaki, pastikan bahagian sisi kuku dipotong secara lurus dan tidak membengkok ke dalam isi. Ini bagi memastikan kuku tumbuh secara kehadapan, bukannya ke dalam isi jari.

Senang kan?

Sumber: Tapatalk , WikiHow via Sajakongsi

No comments

Powered by Blogger.