7 Tip Kuruskan Pipi Paling Mudah Dan Berkesan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

7 Tip Kuruskan Pipi Paling Mudah Dan Berkesan


Tahukah anda, sebenarnya bahagian wajah kita ini juga perlukan rutin senaman tertentu untuk dapat pastikan pipi tembam menjadi runcing. Jadi apa yang perlu anda buat? Jawapannya mestilah bersenam.  

Terdapat pelbagai teknik dan cara senaman wajah yang berkesan untuk kuruskan wajah. Jom sama-sama kita cuba.

1. Praktis menyebut huruf A E  I  O U setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Lakukan secara konsisten untuk lihat kesan yang lebih efektif.

2. Sebut huruf X dan O sehingga akan membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Senaman X-O adalah antara senaman muka yang sangat popular.

3. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan  setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Ini bertujuan untuk mengurangkan terjadinya dagu berlapis/double chin.

4. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

5. Senyum labar sambil bibir tertutup rapat. Tahan selama 15 saat. Kemudian kembali ke wajah asal dan lakukan senyuman lebar hingga menampakkan semua barisan gigi anda. Tahan selama 15 saat dan ulang langkah ini beberapa kali.

6. Tutup mulut dan kembongkan pipi kiri, tahan selama 5 saat. Kemudian lakukan pada pipi kanan dalam kiraan masa yang sama. Ulang langkah ini beberapa kali.

7. Bentukkan bibir seperti huruf O buat beberapa ketika dan kemudian lepaskan perlahan-lahan sehingga anda senyum lebar selebarnya. Ulang langkah ini beberapa kali.

Sumber: keluarga.my

No comments

Powered by Blogger.