Amalan Makan Biji Aprikot, Usaha Untuk Cegah Kanser - Abang Terlajak Laris


Amalan Makan Biji Aprikot, Usaha Untuk Cegah Kanser


Satu ketika dulu jarang kita mendengar berita rakan atau ahli keluarga menghidap sakit kanser. Tapi situasi sebaliknya berlaku hari ini. Kita makin kerap  menerima berita penyakit kanser ini dari insan sekeliling malah yang cukup rapat dengan kita.

Cara yang boleh diusahakan adalah dengan mengamalkan makanan sihat yang boleh mencegah penyakit kanser. Antara yang boleh dimasukkan dalam senarai pemakanan kita adalah biji aprikot.

Rupa biji aprikot hampir sama dengan biji badam, cuma saiznya lebih kecil dan lebih pahit.

Meski pahit, kehebatan biji aprikot tidak dapat ditandingi kerana makanan ringan ini dikatakan mampu mencegah barah.

Menurut buku 'World Without Cancer', biji aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 paling tinggi berbanding biji buah lain. Biji buah epal pula kedua tertinggi.

Dalam diet pemakanan, tubuh  memerlukan B17. Tanpanya tubuh mudah dihidapi penyakit kanser.

Terdapat banyak cara untuk melawan kanser dan salah satunya dengan membina sistem imun supaya tubuh lebih kuat dan terlindung daripada penyakit kanser.

Mungkin ada di kalangan anda mengambil suplemen untuk lebih sihat. Namun, B17 adalah cara terbaik kerana mampu menyerang sel kanser secara langsung, semula jadi dan tentunya lebih baik.

Mengikut Dr Kerbs, penulis buku "World Without Cancer", anda perlu makan 1 atau 2 biji aprikot setiap 1 jam selain waktu tidur.

Paling terbaik ialah 3 hingga 5 biji setiap 1 jam. Kualiti biji aprikot perlu diambil kira untuk menentukan berapa bilangan biji aprikot yang patut diambil setiap hari.

Bagi pesakit kanser, minimum ialah 8 biji aprikot setiap 4 jam. Bagi tujuan pencegahan, memadailah dengan mengambil 5 hingga 10 biji sehari.

Jadi cubalah amalkan pemakanan biji aprikot ini. Ia boleh didapati di kedai yang menjual buah-buahan kering seperti  kurma, kekacang, madu dan sebagainya.

No comments

Powered by Blogger.