Boleh Ke Ibu Menyusukan, Minum Ais? - Abang Terlajak Laris


Boleh Ke Ibu Menyusukan, Minum Ais?


Rasa bimbang menyebabkan kaum ibu mengelakkan ais sedangkan ia menjadi kegemaran mereka. Jom lihat sama ada ibu menyusukan boleh minum ais atau tidak?

1. Ramai menganggap dengan minum ais, ia menyebabkan masalah kesihatan kepada bayi. Ini kerana ia bersifat sejuk dan membuatkan bayi terkena selesema dan juga demam. 

Tidak kira ais atau pun aiskrim, ia tidak menyebabkan kondisi badan ibu berubah secara drastik. Ini bermaksud, susu badan tidak terganggu menjadi sejuk.

2. Susu badan tetap dihasilkan dengan hangat pada suhu 37 darjah celcius dan tidak terganggu dengan pengambilan minuman sejuk atau ais. 

3. Namun, untuk menjaga kesihatan dalaman ibu menyusu, lebih baik mereka mengambil air suam kerana ia tidak mengakibatkan badan menjadi lemah dan lesu.

Dapatkan dengan agen online dan toko jamu terdekat anda
4. Yang menjadi larangan ialah pengambilan jamu atau ubat yang merangsang badan kerana bayi menyusu badan selalunya tidak tahan dengan bahan-bahan tersebut. 

Kesimpulannya, minuman berais tidaklah menjadi kepantangan dan ia hanyalah mitos dengan pelbagai 'kesan sampingan' akibat minum ais tersebut. 

Apa pun, bersederhana mengambil apa sahaja makanan dan minuman, terutama bagi anda yang menyusukan bayi.

Sumber: petuaibu

No comments

Powered by Blogger.