Bukan Malas Tapi Inilah Perasaan Yang Dilalui Kaum Ibu Hamil Suami Kena Faham - Abang Terlajak Laris


Bukan Malas Tapi Inilah Perasaan Yang Dilalui Kaum Ibu Hamil Suami Kena Faham


Berat badan ibu hamil belum menunjukkan perubahan bentuk, ibu sudah merasa keletihan yang teruk. Tidak terkecuali keletihan ini dialami oleh ibu hamil ketika usia kandungan tujuh bulan. Namun ada yang mengalami rasa lelah tersebut sepanjang kehamilan.

Berikut sebab ibu hamil merasa letih yang disalahertikan,

1. Peningkatan hormon progesteron
Hormon ini akan meningkatkan perasaan mengantuk pada ibu hamil. Selain itu, tubuh ibu akan mengalami pengeluaran darah disertai dengan penurunan tekanan darah dan kadar gula. Ibu akan sering merasa mengantuk dan ia turut menjejaskan tidur ibu kerana sering buang air kecil.

2. Tenaga hilang sepanjang hari
Alahan atau disebut sebagai morning sickness berlaku sepanjang hari kepada ibu. Mual dan muntah yang keluar akan turut mengurangkan tenaga ibu.

3. Perasaan cemas buat ibu tertekan
Emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi fizikal ibu. Mereka sering berasa tertekan dan cemas. Antaranya bimbang dengan persiapan untuk menjadi ibu, tentang kehamilan dan pembesaran janin. 

Untuk itu ibu hamil perlu mengatasi ketakutan ini daripada berlanjutan bimbang akan menyebabkan tekanan.

4. Kurang zat besi
Salah satu sebab ibu keletihan mungkin disebabkan masalah Anemia atau kekurangan zat besi. Bagi mengetahui ibu ada masalah tersebut atau tidak ibu perlu membuat pemeriksaan darah pada trimester pertama, kedua dan trimester ketiga.

5. Penambahan beban
Terutama pada usia kehamilan memasuki trimester ketiga. Ibu akan sering berasa letih sebagaimana dialami pada trimester pertama. Ia akan menjadi semakin teruk apabila bertambahnya berat bayi dan juga berat badan ibu.

Sumber: Mingguanwanita

No comments

Powered by Blogger.