Cara Buat Paste Cili Padi Pelbagai Guna, Tahan Lama! - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Paste Cili Padi Pelbagai Guna, Tahan Lama!


Kalau buat sambal ni, kerja dapur anda jadi lebih mudah. Sebab sesuai nak buat sup, nasi goreng, lauk sambal dan sebagainya. Elok sangat resepi yang dikongsi oleh Puan Siti Hasnah Rahman ini. 

Ini caranya..

Bahan-bahan:
1kg cili api
2biji bawang besar
Beberapa ulas bawang putih
Minyak masak paras cili (nak tambah air sikit pon ok)

Cara:

1. Ambil semua bahan di atas, lepas itu kisar sampai halus.

2. Masak dengan api sederhana, sila kacau sikit-sikit jangan biar berkerak di bawah. Sambil-sambil kacau boleh basuh pinggan sebab nak tunggu masaka ambil masa 20 minit juga.

3. Siap masak sampai pecah minyak macam ini, waktu ini baru tambah garam sikit. Tak payah lah korang nak rasa-rasa pulak ya, kang kebas mulut korang baru tau!

4. Biarlah kalau tawar pun, masin ke. Dah siap boleh terus cari bekas untuk simpan. Kalau korang nak rasa biar dah jadi nasi goreng dulu ke apa ke. Baru korang rasa sedap ke tak nasi tu, dah rasa kurang masin baru tambah garam. Haaa... gitu!

5. Siap simpan dalam bekas yang sesuai dan masukkn dalam peti sejuk, tahan 1 bulan.

No comments

Powered by Blogger.