Cegah & Atasi Masalah Gigi Berlubang, Cuba Berkumur Dengan Air Kunyit - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cegah & Atasi Masalah Gigi Berlubang, Cuba Berkumur Dengan Air Kunyit


Pengalaman menderita sakit gigi cukup untuk buat kita serik. Hanya yang pernah mengalami dapat merasai kesengsaraan dan kesakitannya yang tidak terperi.

Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah serta segala rutin harian yang sering dilakukan juga menjadi terbatas.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.

Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.


Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).

Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.

Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.

Selamat mengamalkannya dan selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.