Hamil Lewat Usia, Masalah Uri Kekal Di Bawah Rahim Wanita Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


Hamil Lewat Usia, Masalah Uri Kekal Di Bawah Rahim Wanita Kena Tahu


Masalah Placenta Previa adalah antara risiko wanita yang hamil lewat usia (30-an dan 40-an). Keadaan ini berlaku apabila kedudukan uri yang kekal berada di bawah rahim walaupun usia kandungan sudahpun memasuki usia 28 minggu.

Uri atau nama saintifiknya placenta, merupakan organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil, yang bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayi di dalam kandungannya.

Kedudukan uri yang normal adalah berada di tengah atau bahagian atas rahim tapi apabila uri berada di bawah rahim, ibu dan bayi terdedah kepada pelbagai risiko semasa kelahiran kelak.

Apabila uri kekal berada di bawah rahim, pelbagai komplikasi mula timbul terutama semasa proses kelahiran kelak.



4 Tahap Placenta Previa

Kedudukan uri yang berada di bawah rahim juga dapat dipecahkan kepada empat tahap yang berbeza-beza. Tahap keseriusan ini dibahagikan kepada empat tahap iaitu:

Placenta Previa Tahap 1: Low Lying - Placenta berada di kedudukan bawah rahim, tanpa menutup pintu rahim. Pada tahap ini bayi masih boleh dilahirkan secara normal.

Placenta Previa Tahap 2: Marginal  - Placenta berada di bahagian rahim dan juga di pintu rahim namun ia tidak menutupi jalan laluan bayi untuk keluar dan bayi anda masih boleh dilahirkan secara normal.

Placenta Previa Tahap 3: Partial  - Placenta menutup sebahagian besar pintu rahim dan ketika ini membuatkan bayi terpaksa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.

Placenta Previa Tahap 4: Complete  - Placenta menutupi sepenuhnya  pintu laluan serviks dan bayi sememangnya perlu dilahirkan melalui pembedahan  Caesarean.

Faktor Pendorong Placenta Previa

Faktor sebenar terjadinya masalah ini belum dapat dipastikan oleh pakar setakat ini. Namun terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko berlakunya masalah ini.

Wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan sebelum ini, wanita yang melahirkan anak pada lewat usia dan secara kerap serta jumlah bilangan anak yang ramai lebih terdedah kepada masalah Placenta Previa ini.

Selain itu, wanita yang mengandungkan bayi kembar serta pernah menjalani rawatan kesuburan juga wanita yang pernah menjalani pembedahan pada rahim juga berisiko mengalami masalah ini.

Tanda-tanda awal uri berada di bawah boleh diperlihatkan dengan beberapa simptom kepada ibu hamil. Diantaranya adalah berlaku pendarahan secara tiba-tiba dengan warna darah yang terang dan cerah.

Pendarahan juga disertai dengan rasa ‘cramp’ pada bahagian perut namun ada juga wanita yang tidak menyedarinya. Ia bergantung kepada ibu hamil itu sendiri.

dapat dengan agen/toko jamu terdekat dengan anda
Rawatan Disyorkan

Pada usia kandungan 28 minggu ke atas, doktor selalunya memantau dengan memasukkan mereka ke wad. Ini merupakan pilihan terbaik bagi membolehkan kesihatan ibu sentiasa dikawal dan sekaligus mengurangkan pergerakan yang banyak kepada ibu hamil.

Ini merupakan pilihan terbaik bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan yang banyak. Selain rehat yang mencukupi, ibu hamil juga dinasihatkan untuk tidak melakukan pelbagai kerja berat.

Begitu juga dengan aktiviti se ks yang hanya akan memburukkan lagi keadaan ibu hamil. Ibu juga dinasihatkan untuk bersalin melalui kaedah paling selamat iaitu pembedahan caesarean. Ia merupakan pilihan terbaik bagi ibu dan bayi di dalam kandungan.

Sumber: Keluarga

No comments

Powered by Blogger.