Nak Anak Genius, Amalkan Makanan Ini - Abang Terlajak Laris


Nak Anak Genius, Amalkan Makanan Ini


Apa khasiat yang terkandung dalam madu sehingga ia mampu melahirkan anak genius?

Vitamin yang terkandung dalam madu madu dapat menguatkan daya ingatan, meningkatkan kreativiti serta menguatkan antibodi kanak-kanak. Ia mengandungi zat besi, kalium, fosforus, vitamin A, B1, B2, B Kompleks, C, D, K, antioksidan, fruktosa, glukosa, maltosa, sukrosa dan asid amino.

Ibu boleh mengamalkan madu seawal kehamilan kerana ia mempunyai manfaat yang sangat baik untuk ibu dan anak dalam kandungan. Antaranya mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman pada janin.

Begitu juga dengan kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Ia kaya dengan vitamin C yang membantu menghasilkan kulit yang bersih dan sihat. Di samping membantu pertumbuhan fizikal dan mental janin.

Makanan sunnah lain yang baik untuk tingkat prestasi otak.

Selain madu ada lagi makanan baik diamalkan untuk meningkatkan prestasi otak adalah:

Kekacang
Misalnya hazelnut, cashhews, badam, walnut, biji labu, kuaci bunga matahari antara yang terbaik untuk otak. Kekacang sangat kaya dengan Omega-3 dan Omega-6, asid lemak serta folat, vitamin E dan vitamin B6. Kesemua nutrien ini membantu anak-anak berfikir dengan jelas.

Susu
Setiap kali membuat segelas susu panas untuk anak, masukkan sesudu serbuk badam yang telah dibakar dan dikisar halus. Tambahkan sesudu kecil madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Biji badam memberi minda yang tajam dan memori yang sangat baik.

Boleh juga, sebelum tidur, rendamkan tiga biji badam dalam segelas air masak dan biarkan semalaman. Beri badam yang kembang itu kepada anak-anak. Amalkan setiap hari.

Kismis
Ibni Qayyim berkata ” Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis” ( Petikan kitab Tibb an-Nabawi.) Seseorang yang ingin menghafal hadis memerlukan kepada ingatan yang kuat. Maka kismis adalah salah satu agen penguat ingatan yang baik.

No comments

Powered by Blogger.