Pernah tak Terfikir Kenapa Doktor Bedah Pakai Baju Warna Hijau? - Abang Terlajak Laris


Pernah tak Terfikir Kenapa Doktor Bedah Pakai Baju Warna Hijau?


Kalau pergi klinik atau pun mana-mana hospital pasti senang nak tahu yang mana satu doktor sebab mereka akan memakai uniform atau coat putih mereka. Tapi apabila mereka ingin melakukan pembedahan mereka akan menukar uniform memakai baju yang berwarna hijau atau pun biru. 

Kenapa ya? Kenapa tak pakai sahaja yang warna putih tu? 

Baju yang berwarna hijau dan biru adalah warna yang sangat bertentangan dengan merah pada spektrum cahaya visual, dan semasa pembedahan pakar bedah perlu tumpukan sepenuh perhatian kepada warna merah. 

Oleh sebab tu, warna hijau dan biru bukan sahaja membantu mengurangkan kesilapan tetapi juga meningkatkan ketajaman penglihatan doktor pakar bedah. 

No comments

Powered by Blogger.