Petua Air Rebusan Untuk Turunkan Kolesterol - Abang Terlajak Laris


Petua Air Rebusan Untuk Turunkan Kolesterol


Satu perkara yang perlu semua orang tahu bahawa kolesterol tidak hanya dimiliki mereka yang berbadan gemuk atau berisi. Tanggapan itu sebenarnya salah sama sekali.

Nik Fazliana Nik Far berkongsi di Facebook petua yang juga air rebusan menggunakan lima bahan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Air rebusan ini dibuat untuk ibu mentuanya dan amalan itu ternyata berhasil. Bagi yang mempunyai masalah kolesterol bolehlah mencuba.

Bahan- bahannya:
1 cawan bawang putih
1 cawan lemon
1 cawan cuka epal
1 cawan halia
1 cawan madu

Cara membuat:
1. Kisarkan kesemua bahan ini kecuali madu.
2. Tapis bahan yang dikisar tadi, ambil airnya dan masak dengan menggunakan api perlahan.
3. Biarkan hingga mendidih.
4. Apabila sejuk, masukkan madu dan kacau sehingga sebati.
5. Amalkan minum air rebusan ini setiap hari.

Paling penting, elakkan menggunakan sudu besi ketika menggunakan sebarang petua menggunakan madu.



No comments

Powered by Blogger.