Risau Anak Kurus Kering tak Cukup Zat? 4 Makanan Ini Boleh Bantu Tambah Berat Badan - Abang Terlajak Laris


Risau Anak Kurus Kering tak Cukup Zat? 4 Makanan Ini Boleh Bantu Tambah Berat Badan


Anak semakin membesar tapi badan kurus kering, sampai ada yang menegur 'anak tak makan ke'. Situasi begini memang buat ibu bimbang. 

Ibu akan risau anak yang sedang membesar itu tak cukup zat. Biasanya ibu akan cuba menyajikan pelbagai hidangan untuk memancing anak makan. 

Ada yang makan tapi ramai juga yang tetap menolak bila diajak makan nasi.

Bagi meningkatkan berat badan kanak-kanak, ibu disarankan menyajikan makanan-makanan yang kaya dengan unsur zink seperti:

•    Tiram
Hidangkan tiram secara kreatif, seperti memasak tiram bersama pasti atau sebagainya. Pilih pasta yang menawan hati si kecil agar dia makan dengan lebih banyak. Tambahkan juga sayuran bersama-sama.

•    Daging
Kanak-kanak sememangnya lebih menggemari ayam berbanding daging. Apa kata cuba lagi daripada kebiasaan, dan ajak si kecil bersama-sama masak daging di dapur. Mungkin resipi stik daging dapat menarik minat si comel. Ditambah pula dengan kentang goreng dan sayuran stim.

•    Ketam
Ketam juga tinggi kandungan zinknya, oleh itu hidangkan pada si comel. Masakkan masakan kurang pedas seperti ketam masak mentega untuk menggalakkan si comel anda makan lebih banyak.

•    Kekacang seperti gajus dan badam  
Jadikan kekacang seperti badam dan gajus sebagai snek dalam menambah berat badan si kecil.

Bagi kanak-kanak yang tidak mendapat kalori yang secukupnya, ibu bapa haruslah mengira pengambilan kalori setiap hari. Ini dapat membantu mengesan punca mengapa anak kurang berat badan.

Berkemungkinan kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak akan merencatkan pertumbuhan dan kelewatan mencapai akil baligh.

Sumber: ibudananak

No comments

Powered by Blogger.