Suka Kunyah Ais! Anda Rupanya Penghidap Anemia - Abang Terlajak Laris


Suka Kunyah Ais! Anda Rupanya Penghidap Anemia


Tidak dinafikan ramai yang mempunyai tabiat mengunyah ais. Tidak kiralah semasa lapang atau selepas minum dan makan. Namun, tahukah anda bahaya yang menanti dengan tabiat kunyah ais ini. 

Menurut salah seorang doktor yang menjadi pengasas kepada MedTweetMY iaitu sekumpulan doktor-doktor pakar yang banyak membantu menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr. Khairul Hafidz, 'habit' kunyah ais adalah petanda kepada anemia.

Apa itu anemia?

Anemia adalah berkurangnya jumlah sel darah merah atau kandungan hemoglobin didalam darah. Hemoglobin (Hb) adalah suatu senyawa protein pembawa oksigen didalam sel darah merah. Sel darah merah diproduksi di sumsum tulang. 

Tabiat mengunyah ais ini pula dinamakan Pagophagia

'Pica' adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.

Orang yang suka kunyah ais juga adalah pentanda badan mereka kekurangan zat besi. Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali suka sangat kunyah ais, lebih baik bawa pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.

No comments

Powered by Blogger.