Usia Cecah 40, 7 Makanan Ini Kena Ambil Untuk Kekal Sihat Dan Awet Muda - Abang Terlajak Laris


Usia Cecah 40, 7 Makanan Ini Kena Ambil Untuk Kekal Sihat Dan Awet Muda


Jika usia anda telah mencecah 40 tahun, ini bermakna corak pengambilan makanan perlu diberi tumpuan ekstra. 

Apa yang pasti, tidak boleh lagi mengambil makanan mengikut selera tanpa memikirkan khasiat dan kebaikan untuk tubuh badan.

Ini penting agar tubuh anda tetap memiliki kondisi tubuh yang bertenaga, sihat dan nampak awet muda.

1. Oat
Oat mengandungi serat yang mampu menurunkan kadar kolesterol jahat. Selain itu, oat juga memiliki antioksidan unik yang mencegah pembentukan plak dalam dinding arteri.

2. Ceri
Amalkan makan ceri kerana buah ini berkesan melawan penyakit yang datang ketika usia matang seperti sakit sendi. Buah ceri juga kaya akan antioksidan iaitu anthocyanin. 

3. Badam
Jadikan kacang ini sebagai kudap-kudapan  kerana kacang badam boleh menyeimbangkan kadar gula darah dan menurunkan kolesterol. Selain menurunkan kolesterol jahat, badam juga membantu meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh.


 4. Kaya Omega-3
Kandungan omega-3 di dalam ikan salmon, mackerel, tuna dan  sardin adalah sangat tinggi. Makanan jenis ini terbukti berfungsi menurunkan tekanan darah tinggi dan risiko arrhythmia (degupan jantung tidak teratur).

5. Soya
Di dalam soya ada unsur isoflavon yang dikaitkan dengan fungsi menurunkan kolesterol, meningkatkan kepadatan tulang pada wanita menopaus dan memperbaiki kesuburan lelaki.

6. Tomato
Lycopene di dalam tomato adalah antioksidan pencegah kanser. Selain itu, ia juga berfungsi melindungi pembuluh darah dari penggumpalan. Baik mentah atau dimasak, tomato adalah salah satu makanan wajib diambil untuk anda yang berusia 40-an.

7. Susu
Minuman susu kaya dengan kalsium dan protein yang baik untuk tulang. Oleh itu jangan pernah malas minum susu jika ingin elakkan terjadinya risiko osteoporosis. Pastikan juga susu diminum tanpa tambahan gula  agar tubuh dapat menyerap semua khasiat daripada minuman tersebut.

Sumber: keluarga.my

No comments

Powered by Blogger.