10 Pemakaian Shawl Yang Cantik & Menawan - Abang Terlajak Laris


10 Pemakaian Shawl Yang Cantik & Menawan


Entri kali ini Abang kongsikan kepada anda 10 cara pemakaian dan penggayaan shawl yang sesuai untuk anda gayakan mengikut citarasa anda.

Fesyen-fesyen berikut amat sesuai digayakan semasa melakukan apa juga aktiviti harian anda.

Fesyen selendang dalam kalangan wanita muslimah telah berkembang dengan pesat dan pelbagai jenis penggayaan selendang telah tercipta. 

Anda  bolehlah memilih dan mencuba mana-mana sahaja fesyen berikut. 

Mungkin ada di antaranya merupakan fesyen yang tidak pernah anda cuba sebelum ini.

1. Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas & Cantik


Gaya pemakaian shawl yang ringkas ini adalah satu lagi fesyen yang mudah dan ringkas tetapi tetap boleh menjadikan si pemakai tampak ayu dan berseri. Ia tidak mengambil masa yang lama dan sesuai untuk digayakan sehari-hari. Ia memberikan aura yang segar kepada si pemakai.

Kesesuaian
Fesyen pemakaian shawl yang ringkas ini sesuai digayakan pada bila-bila masa sahaja. Baik ke pejabat, ke kuliah, ke majlis-majlis atau kenduri-kendara, bersiar-siar pada hujung minggu dan sebagainya. Kerana gayanya yang ringkas, ia sesuai untuk banyak situasi.

Jenis shawl yang sesuai
Shawl yang sesuai digunakan ialah plain shawl jenis chiffon kerana ia mudah digayakan.

Padanan yang sesuai
Anda boleh memadankan gaya pemakaian shawl ini dengan pelbagai jenis pakaian seperti blaus dan seluar/skirt, jubah, baju kurung dan sebagainya.

2. Cara Mudah Memakai Selendang Dengan Penuh Gaya Dan Elegan


Ini adalah satu lagi gaya pemakaian shawl yang elegan yang memberi efek alunan pada bahagian dada. Untuk anda yang suka akan gaya pemakaian shawl jenis beralun, anda bolehlah mencuba gaya ini dan kami pasti anda akan berpuas hati dengan gaya ini. Ia sesuai digayakan oleh golongan remaja dan muda-mudi kerana gaya ini memberikan aura funky dan segar kepada si pemakai. Apa tunggu lagi? Cubalah gaya ini!

Kesesuaian
Gaya ini sesuai dipakai semasa melakukan aktiviti, tidak kiralah semasa pergi ke pejabat, ke kuliah mahupun ke majlis-majlis formal atau tidak. Anda boleh lihat sendiri dalam gambar di atas, gaya pemakaian shawl ini tampak elegan bukan?

Jenis shawl yang sesuai
Anda boleh menggunakan shawl chiffon yang kosong atau bercorak untuk mencuba gaya ini supaya ia senang dikemaskan.

Padanan yang sesuai
Gaya ini sesuai untuk dipadankan bersama baju-baju yang plain supaya efek beralun itu akan menjadi lebih menyerlah. Anda bolehlah menggayakan fesyen shawl ini bersama jubah, blaus dan seluar/skirt, atau baju kurung.

3. Cara Pakai Pashmina Gaya Elegan & Cantik Untuk Kenduri


Apabila melihat banyak langkah yang perlu diambil untuk menyiapkan gaya ini, mungkin ada di antara anda yang berasa malas untuk mencubanya. Tunggu! Kerana anda perlu tahu bahawa gaya ini tidaklah seleceh yang anda sangkakan. Ia juga membuatkan pemakaian pashmina anda tampak kemas di samping memberi keselesaan kepada si pemakai. Ia sesuai digayakan oleh segenap lapisan umur. Anda pasti nampak anggun apabila mencuba gaya ini.

Kesesuaian
Pemakaian pashmina ini sesuai untuk digayakan ke tempat-tempat yang tidak panas kerana kain pashmina adalah sedikit tebal. Ia sesuai dipakai ke pejabat, majlis-majlis keramaian di dewan yang mempunyai pendingin hawa atau ke kuliah.

Jenis shawl yang sesuai
Jenis shawl yang sesuai untuk gaya ini adalah pashmina. Ia memberi efek beralun dan cantik apabila digayakan.

Padanan yang sesuai
Anda boleh memadankan gaya ini bersama maxi dress, jubah, baju kurung atau apa-apa pakaian yang sopan dan selesa.

4. Cara Terbaik Menggayakan Tudung Bercorak Penuh

Kepada anda yang mempunyai koleksi shawl bercorak yang sudah lama terperap dalam almari, sudah tiba masanya untuk anda cari semula semua shawl itu kerana gaya pemakaian shawl bercorak ini mungkin merupakan suatu cara untuk anda memanfaatkan koleksi shawl bercorak yang anda miliki. Dengan hanya mengikuti langkah-langkah yang ringkas, anda mungkin menemui satu gaya baru yang sesuai dengan anda tanpa anda sangka.

Kesesuaian
Gaya ini sesuai dipakai oleh wanita-wanita untuk ke pejabat kerana ia memberikan satu aura yang segar dan ia juga tampak kemas. Selain itu, ia amat sesuai untuk para wanita yang selalu bergegas ke sana ke mari untuk melakukan aktiviti seharian.

Jenis shawl yang sesuai
Shawl yang sesuai digunakan adalah shawl bercorak yang lembut.

Padanan yang sesuai
Oleh sebab shawl yang digunakan sudah sarat dengan corak, anda perlulah memilih pakaian plain ataupun kurang corak supaya penampilan anda tampak kemas dan tidak menyakitkan mata yang memandang.

5. Cara Pakai Shawl Halfmoon 


Ini cara yang kreatif dalam mengenakan hijab yang membuat dirinya tampak sopan dan bergaya. Ayuh ikuti tutorial ini untuk mengetahui lebih lanjut. Dengan mengikuti langkah-langkah yang betul, anda juga boleh menjadi anggun dan cantik.

Kesesuaian
Gaya pemakaian shawl halfmoon ini sesuai untuk majlis-majlis formal seperti ke majlis-majlis makan malam, ke kuliah dan pejabat. Namun demikian, jika anda mahu menggayakannya untuk bersiar-siar sambil melakukan aktiviti santai, silakan!

Jenis shawl yang sesuai
Shawl halfmoon jenis kain chiffon yang tidak panas dan selesa apabila digayakan.

6. Cara Pakai Shawl Terkini Untuk Menjadi Perhatian Ramai!


Untuk anda yang mahu mencuba gaya yang lain daripada yang lain, inilah tutorial pemakaian shawl yang anda cari! Fesyen shawl ini sesuai untuk golongan kanak-kanak, remaja dan muda-mudi. Pemakaian reben dalam lipatan shawl seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas membuat si pemakai tampak comel. Bagi anda yang suka akan fesyen yang comel-comel, apa tunggu lagi. Ambil shawl dan reben anda dan ikuti tutorial ini!

Kesesuaian
Gaya ini sesuai untuk dipakai semasa keluar bersiar-siar dan ke tempat yang santai. Ia bukan gaya untuk ke majlis-majlis formal, ke kuliah atau pejabat. Jika anda tetap mengenakan gaya ini ke tempat kerja, rakan-rakan sekerja mungkin sukar untuk menerimanya kerana ia tidak begitu formal.

Jenis shawl yang sesuai
Anda boleh menggunakan shawl jenis kain chiffon kerana ia senang dibentuk, terletak dengan elok dan tidak membuat si pemakai berasa panas.

Padanan yang sesuai
Jubah, blaus dan skirt atau apa-apa jenis pakaian yang tidak terlalu berat adalah sesuai untuk digayakan.

7. 8 Langkah Cara Pakai Selendang Cantik Dengan Efek Lipatan!


Untuk para fesyenista yang ada di luar sana, anda pasti tidak sabar untuk mencuba sendiri gaya pemakaian shawl yang mempunyai efek lipatan ini, bukan? Ia sesuai untuk semua golongan, khususnya para remaja kerana ia menghasilkan satu imej yang segar dan ceria, hanya dengan efek lipatan. Nampak sukar, tetapi sebenarnya ia sangatlah mudah untuk digayakan. Anda hanya perlu mengikuti tutorial yang disediakan ini, dan hasilnya pasti mengkagumkan anda.

Kesesuaian
Fesyen pemakaian shawl yang mempunyai efek lipatan ini sesuai digayakan ke mana-mana sahaja. Baik ke majlis-majlis perkahwinan, bersiar-siar bersama rakan-rakan, mahupun ke pejabat atau kuliah, gaya ini boleh mencantikkan lagi penampilan anda.

Jenis shawl yang sesuai
Jenis shawl yang sesuai untuk gaya pemakaian ini adalah shawl kain chiffon yang bercorak ataupun kosong. Untuk menutup aurat dengan lebih sempurna, anda bolehlah labuhkan lagi shawl pada bahagian dada. Dengan itu, anda tampak lebih sopan dan anggun.

Padanan yang sesuai
Gaya ini boleh dipadankan dengan baju kurung, jubah, blaus dan skirt dan sebagainya. Anting-anting dan rantai adalah contoh aksesori yang boleh dipadankan bersama penampilan ini. Keunikan gaya ini pasti menjadikan anda lebih berseri-seri.

8. 4 Langkah Kreatif Untuk Efek Asimetri Dengan Selendang


Dengan sekali imbas, pasti anda menganggap bahawa tutorial ini akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Itu tidak benar sama sekali! Gaya asimetri yang tampak kompleks ini sebenarnya sangat mudah dan cepat untuk digayakan. Sesuai untuk anda yang memang mementingkan gaya terkini dalam berpakaian. Di samping menghasilkan gaya yang unik, ianya juga menutup bahagian yang sepatutnya dilindungi. Anda bolehlah mencuba gaya yang kreatif ini untuk menceriakan lagi penampilan anda sehari-hari. Pemakaian shawl ini sesuai untuk digayakan oleh semua golongan, lebih-lebih lagi wanita-wanita berkerjaya yang selalu menghadiri majlis-majlis formal.

Kesesuaian
Penggayaan shawl yang kreatif unik serta anggun ini sesuai untuk digayakan ke majlis-majlis istimewa kerana ia amat menarik perhatian dan boleh memukau hadirin yang ada di sana. Tetapi tidak salah untuk anda memakai shawl dengan gaya ini ke pejabat mahupun ke kuliah atau ke mana-mana sahaja kerana gaya ini sangat versatil. Semuanya mengikut citarasa masing-masing.

Jenis shawl yang sesuai
Shawl chiffon kosong atau bercorak ialah jenis shawl yang sesuai untuk digunakan. Gunakanlah shawl yang sedikit lebar untuk memastikan bahagian dada ditutup dengan sempurna. Konsep colour block boleh digunakan dalam pemilihan inner neck dan shawl.

Padanan yang sesuai
Seperti cara pemakaian shawl yang lain, aksesori seperti anting-anting ataupun rantai amat sesuai untuk digandingkan bersama. Cara pemakaian shawl asimetri ini sangat cantik apabila digayakan bersama busana-busana seperti jubah, blaus dan skirt labuh, baju kurung dan sebagainya.

9. Cara Pakai Tudung Untuk Si Gadis Sopan Dan Elegan


Gaya shawl yang dipakai oleh model di atas tampak kemas, comel dan kreatif, bukan? Ropol-ropol kain yang terbentuk pada bahagian dada mewujudkan satu efek yang lain dari yang lain. Ia bolehlah dicuba oleh anda yang sedang mencari-cari gaya baru pemakaian shawl. Gaya pemakaian shawl ini sesuai untuk golongan muda-mudi yang mengikuti trend fesyen terkini. Ia membuat si pemakai tampak elegan dan lebih segar kerana lipatan-lipatan yang terhasil memberikan satu impak cantik dan juga sopan.

Kesesuaian
Oleh kerana gaya kompleks ini mengambil masa yang sedikit lama untuk disiapkan, pemakaian shawl ini sesuai untuk digayakan ke majlis-majlis yang formal atau istimewa. Namun begitu, jika anda sudah biasa dan pantas dalam menggayakannya, tidak salah untuk anda menggunakan gaya ini semasa menjalani aktiviti seharian atau ke pejabat.

Jenis shawl yang sesuai
Oleh sebab efek ropol-ropol yang terhasil pada dada si pemakai, jenis shawl yang sesuai digunakan untuk gaya ini adalah shawl plain lebar yang mempunyai jenis kain yang berat seperti satin. Ini adalah untuk memastikan efek beralun yang terhasil menjadi lebih cantik dan kemas.

Padanan yang sesuai
Pelbagai jenis aksesori seperti rantai juga boleh dipadankan bersama gaya di atas. Cara pemakaian shawl ini sesuai digandingkan bersama blaus dan skirt labuh, jubah dan macam-macam jenis pakaian lagi, sesuai dengan citarasa peribadi anda.

10. Tutorial Selendang Beralun Yang Menutup Aurat dan Menawan


Kesopanan dalam bergaya ialah kunci utama fesyen wanita muslimah. Seorang muslimah haruslah menutup aurat dengan sempurna untuk memenuhi tuntutan agama dan memelihara maruah diri. Namun demikian, hal ini bukanlah penghalang untuk anda mengikuti trend fesyen terkini dan tampil anggun. 

Penggayaan shawl yang kreatif dan sopan ini merupakan satu cara untuk anda bergaya dan menutup aurat dengan sempurna pada masa yang sama. Penggayaan shawl beralun ini tidak mengambil masa yang lama dan ianya amat sesuai untuk wanita-wanita yang mahu bergegas ke tempat kerja ataupun sibuk dalam melakukan aktiviti seharian.

Kesesuaian
Gaya ini sesuai digunakan sebagai penampilan untuk ke majlis-majlis formal dan istimewa. Anda semestinya akan nampak sangat anggun dan ayu! Oleh sebab gaya ini senang dan tidak memerlukan banyak aksesori untuk menggayakannya, ianya juga sesuai untuk digayakan semasa melakukan aktiviti seharian.

Jenis shawl yang sesuai
Shawl yang sesuai digunakan untuk gaya ini adalah shawl bersaiz labuh, tidak kira sama ada kosong ataupun bercorak. Jenis kain chiffon adalah amat sesuai untuk gaya ini.

Padanan yang sesuai
Gaya shawl beralun ini amat sesuai dipadankan bersama blaus dan skirt labuh, jubah, blaus dan palazzo serta bermacam-macam lagi jenis pakaian yang sopan. Aksesori seperti rantai juga boleh ditambah mengikut citarasa anda.

Macam macam ada kan? Korang boleh cuba mana yang suka.

Sumber: Zolace

No comments

Powered by Blogger.