18 Tips Untuk Mudah Bersalin - Abang Terlajak Laris


18 Tips Untuk Mudah Bersalin


Setiap wanita dianugerahkan kelebihan untuk menahan sakit bersalin yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dunia. Petua mudah bersalin bukan sesuatu yang dibuat-buat.

Juga, sakit bersalin adalah sakit yang tidak dapat digambarkan. Hanya orang yang pernah merasainya yang tahu bagaimana rasanya sakit bersalin. Ia seperti satu perjuangan antara hidup dan mati seseorang ibu.

Oleh sebab itulah jika seseorang wanita meninggal semasa bersalin dikira sebagai syahid. Kesakitan yang dialami ketika bersalin merupakan lumrah yang tidak dapat dielakkan. Sebagai umat Islam, anggaplah kesakitan ketika bersalin itu sebagai kafarah dosa.

Para ibu yang hamil biasanya tertanya-tanya apakah ada cara untuk melancarkan proses bersalin agar kesakitan yang ditanggung tidak lama. Jawapannya ialah YA.

Disini, abang nak kongsikan dengan korang 14 tips ini.

1. Sepanjang tempoh kehamilan sentiasa bertenang dan jaga emosi. Jangan stres stres.

2. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

3. Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.

4. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka.

5. Rebus epal hijau, makan semasa tengah sakit contraction.

6. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

7. Semasa di labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.

8. Amalkan minum air kelapa hujung hujung nak bersalin. 

9. Makan kurma dalam bilangan ganjil.

10. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby.

11. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby.

12. Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

13. Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak teruk.

14. Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.

15. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat cepat.

16. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.

17. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu.

18. Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.

Akhir sekali, sentiasa berfikiran positif.

Sumber: Shuhara Shukri

No comments

Powered by Blogger.