2 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak Tonsil - Abang Terlajak Laris


2 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak Tonsil


Sakit anak tekak ataupun bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kira umur samada kanak-kanak ataupun yang dewasa. Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan hang nie kurang air, tue jadi bengkak tue”. Nak menunjukkan yang dalaman badan kita “panas” hingga tonsil boleh membengkak.

Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita. Jom abang kongsikan disini cara yang mudah, senang dan murah untuk hilangkan bengkak tonsil.

2 cara mudah untuk hilang bengkak tonsil:

1. Makan aiskrim vanilla

Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat kan?

Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa chocolate ataupun strawberi ke.

Bengkak tonsil boleh dirawat dengan aiskrim vanila

Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.

2. Berkumur dengan air garam

Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian dikumur kan.

Bengkak tonsil boleh dirawat dengan air garam.

Jangan sampai tertelan pula ye. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.

No comments

Powered by Blogger.