3 Petua Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin - Abang Terlajak Laris


3 Petua Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin


Menjadi kerisauan memikirkan macamana nak kecutkan balik perut ,slim macam anak dara. Jom abang kongsikan 3 petua untuk kecutkan rahim bagi ibu yang baru lepas bersalin.

1. Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sediakala. Elakkan memakan nanas.

2. Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.

3. Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah. Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.

Semoga bermanfaat. 

No comments

Powered by Blogger.