4 Punca Cyst & Fibroid, 2 Rawatan Wanita Perlu Tahu - Abang Terlajak Laris


4 Punca Cyst & Fibroid, 2 Rawatan Wanita Perlu Tahu

Ramai yang masih belum didedahkan dengan penyakit yang bernama Cyst ini. Cyst ni ada pelbagai jenis dan boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh manusia. Tapi yang selalu jadi kat tubuh wanita ialah Ovarian Cyst. 

Senang cerita cyst ni pembengkalan di bahagian kilang telur wanita.


Fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom. Masalah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ni, sebenarnya dah mencetuskan kontroversi. 

Nak tahu kenapa? Sebab ketumbuhan ni merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.



1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Kalau hormon estrogen dan progesteron dalam badan kita ni tak seimbang, pasti berisiko untuk dapat penyakit ini. Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility. Penggunaan pil perancang keluarga pun boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
– phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
– racun serangga (pesticides)
– tobacco by products.

3. Obesiti.
Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ni akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Benda ni bukan je menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik
Kalau anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama. Jadi, make sure siasat family tu ada ke tak penyakit ni. Bukan apa, senang nak cegah dari awal.

Macam mana nak rawat penyakit ini?

1. Laparoskopi
Rawatan laparoskopi dilakukan dengan membuat tiga lubang di bahagian pelvik. Satu lubang untuk dimasukkan kamera dan 2 lubang lagi untuk peralatan membuang cyst atau fibroid tu. Biasanya rawatan ni dilakukan sekiranya saiz ketumbuhan ni berukuran kecil ataupun ia tumbuh kat tempat yang senang nak capai. Cyst atau fibroid yang berjisim cecair biasanya guna cara ni.

2. Pembedahan
Pembedahan ni plihan terakhir yang doctor suggest. Kalau adan di sahkan ada cyst atau fibroid yang bersaiz besar, pembedahan diperlukan untuk keluarkannya. Sesetengah cyst mengakibatkan kerosakan ovari dan terpaksa dibawa keluar sekali bersama-sama dengan cyst tu.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.