5 Wanita Muslim Tercantik dan Terkaya di Dunia - Abang Terlajak Laris


5 Wanita Muslim Tercantik dan Terkaya di Dunia

Mereka ini tidak hanya cantik, tetapi juga bijak, punya kekayaan yang melimpah dan mempunyai keluarga bahagia. 

Abang nak kongsikan 5 figura mereka ini.

1. Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah


Nama wanita hebat ini adalah Yang Mulia Putri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah. Beliau adalah anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah. Hajah Majeedah lahir pada tanggal 16 Maret 1976. Saat ini, beliau telah menikah dengan Khairul Khalil, seorang asisten eksekuktif di kantor Perdana Menteri. Dengan kehidupan mewah dalam keluarga kerajaan Hajah Majeedah tetap tampil sebagai wanita yang sederhana. Saat ini dia sudah menjadi ibu dan memiliki pernikahan yang bahagia. Ayah Hajah Majeedah adalah salah satu orang pemilik kekayaan terbanyak di dunia, maka hal itu langsung menurun pada puterinya.

2. Ratu Rania Al Abdullah


Lahir 31 Ogos 1970 di Kuwait dengan nama Rania Al-Yassin. Sejak sekolah, wanita ini terkenal bijak dan mempunyai kerjaya yang cemerlang di syarikat Apple Inc. Dengan kecantikan wajah, kecerdikkan dan dedikasi kerja yang luar biasa, tidak hairan jika Abdullah II bin Al-Hussein menikahi wanita cantik ini pada tarikh 10 Jun 1993. Ratu Rania dikenali sebagai penceramah hebat dalam pelbagai acara sosial di seluruh dunia. Di luar rumah dia adalah wanita yang dipuja, namun pada masa di rumah, Ratu Rania mendedikasikan dirinya sebagai isteri sekaligus ibu yang hangat untuk buah hati mereka.

3. Sultanah Nur Zahirah 


Permaisuri Terengganu, Nur Zahirah adalah adalah isteri dari Raja Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Wanita ini lahir pada tahun 7 Desember 1973. Gelaran yang dimilikinya adalah Permaisuri ke-13 di Malaysia. Sebagai keluarga kerajaan Sultanah Nur Zahirah sering mengikuti acara-acara penting kenegaraan. Tidak hanya bermodal wajah cantik, wanita ini juga cerdas. Pihak keluarga kerajaan tidak pernah mengungkap berapa kekayaan mereka, namun kekayaan diperkirakan dalam angka yang sangat banyak.

4. Sheikha Hanadi binti Nasser Al Thani


Tidak ramai wanita yang berjaya sebagai seorang banker, apalagi wanita itu adalah wanita muslimah. Wanita ini bernama Sheikha Hanadi binti Nasser Al Thani, beliau adalah seorang banker, pelabur dan pengusaha real estate. Sudah dapat ditebak bahawa hal ini membawa Sheikha sebagai salah satu pengusaha wanita paling berjaya di Qatar. Sheikha tidak hanya dikenali gigih dan pekerja keras, dia juga dikenali sebagai wanita berjaya yang mempunyai wajah cantik. Selain pekerjaan di atas Sheikha juga menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif projek Al Waab City Real Estate.

5. Puteri Lalla Salmam


Wajahnya sudah seperti artis Hollywood. Beliau adalah Puteri Lalla Salmam, istri dari Raja Mohammed VI di Maghribi. Putri Lalla lahir pada 10 Mei 1978. Semua orang pasti bersetuju bahawa Puteri Lalla mempunyai wajah cantik dan kulit wajah yang sangat halus. Walaupun sudah menjadi seorang puteri dan mempunyai kekayaan melimpah, Puteri Lalla dikenali sebagai seorang yang ramah dan sederhana. Pada masa ini Puteri Lalla sudah menjadi ibu daripada dua orang anak. Kekayaan yang dimiliki keluarga ini menurut majalah Forbes.

No comments

Powered by Blogger.