7 Menu Ini Sangat Popular Di Bulan Ramadan - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

7 Menu Ini Sangat Popular Di Bulan Ramadan


Sepanjang jalan tu wajib perati apa yang menarik dan selalu orang beli untuk juadah berbuka. Ini antara 7 juadah berbuka puasa paling popular di bazaar ramadhan.


1. Murtabak

Bulan puasa tanpa murtabak memang tak sah! Mana-mana bazaar yang kita pergi mesti ada punya. Pilih ayam atau daging atau pon murtabak meggi? Macam-macam jenis murtabak dah ada dekat Malaysia ni. hehe.


2. Ayam Percik

Mana-mana bazaar, mesti akan ada Ayam Percik. Kalau bukan bulan puasa, sikit pon tak heran dengan Ayam Percik ni hahaa.


3.  Roti John

Tengok rupa pon dah menyelerakan apetah lagi rasanya kan? Rasanya agak popular jugak Roti John ni hehe. Puasa nanti jangan lupa cuba ya.



4. Air Soya & Air Tebu

Okay dalam banyak-banyak air yang korang nampak masa jalan kat bazaar tu, mesti ada nampak 2 air wajib ni. Haih, memang tak lengkap berbuka tanpa dua air ni. Masa bulan puasa warna putih soya dan warna hijau air tebu tu memang tak menahan ya. Tau dah puasa ni mesti korang nak serang punya haha.


5. Kuih Tepung Pelita

Kalau kategori kuih-muih ni, kuih ni mesti muncul masa bulan puasa je. Dah macam puasa dengan raya pulak ye setahun sekali ni hehe. Rasa santan dia memang terbaik! hehe. Patut cuba nanti okay hehe.


6. Bubur Lambuk

Kebiasaanya korang boleh dapat secara percuma tapi ada jugak dijual dibazaar Ramadan tu. Setahun sekali ni, mesti kena cuba rasa bubur lambuk walaupun sekali je hehe. 


7. Popia Basah

Berbanding popia goreng, Popia basah lebih popular dekat bazaar masa bulan Ramadan. Bagi mereka yang jarang-jarang makan tu, in shaa Allah bulan puasa mesti ada. Boleh ler rasa hehe.

No comments

Powered by Blogger.