8 Petua Hentikan Rasa Sakit Gigi Tanpa Ubat - Abang Terlajak Laris


8 Petua Hentikan Rasa Sakit Gigi Tanpa Ubat


Bila sakit gigi, biasanya kita terus akan dapatkan rawatan di klinik ataupun hospital kan? Tapi ibu mengandung mestilah tak boleh kan? Makan sebarangan ubat. Jadi cuba dulu petua ni.

1. Tomato
Ambil tomato muda yang dibelah dua, kemudian tampal  pada bahagian yang sakit. Setelah itu kumur dengan air setelah kurang rasa sakit. Jika gigi anda dimakan ulat, dengan sendirinya ulat itu akan keluar.

2. Garam, Air dan Limau Nipis
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan air tersebut suam dan kumur dengan sekerap yang mungkin. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

3. Daun Sireh
Ambil 10-15 helai daun sireh tua dan rebus dengan 5-6 gelas air sehingga mendidih. Biarkan sejuk, kemudian tapis dan kumur dengan air sireh tersebut.

4. Air Garam
Bancuh satu sudu garam bersama secawan air panas. Kacau sehingga larut. Biarkan sehingga suam kemudian kumurlah dengan air larutan garam tersebut.

5. Lidah Buaya (Aloevera)
Ambil isi lidah buaya kemudian letak pada tempat yang sakit. Dalam anggaran 2-3 jam sakit tersebut akan hilang dengan sendirinya.

6. Bawang Putih
Hiris bawang putih dan tampalkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama 1 jam untuk kesan terbaik.

7. Asam Jawa
Goreng asam jawa selama beberapa minit, kemudian bakar sedikit garam kasar didalam daun pisang. Tumbuk semua bahan tersebut sehingga halus dan tampal pada gigi yang sakit.

8. Bunga Cengkih
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi anda berlubang, tumbuk bunga cengkih tersebut dan isikan didalam gigi yang berlubang tersebut dan tutup dengan kapas.

No comments

Powered by Blogger.