8 Trik Buat Pakaian Murah Kelihatan Mahal - Abang Terlajak Laris


8 Trik Buat Pakaian Murah Kelihatan Mahal


Dipetik daripada Myfatpocket, Pemadanan fesyen yang benar adalah kunci untuk membuat pakaian sederhana atau murah kelihatan lebih mewah dan mahal. 

Berikut 8 tips yang boleh anda cuba dengan sangat mudah.

1. Perbaiki ukuran dengan Penjahit Langganan
Anda boleh merombak pakaian yang dimiliki pada penjahit langganan, guna mendapatkan ukuran yang pas dan sesuai dengan badan anda. Cara ini adalah cara yang tepat untuk mengangkat harga pakaian murah , agar terlihat lebih sempurna.

2. Menyeterika Pakaian dengan Rapi
Kerutan dan lipatan pada pakaian tidak hanya membuat pakaian murah kelihatan tidak prima, tetapi juga akan membuat anda kelihatan tidak kemas. 

Seterika pakaian dengan rapi dengan cara menekan lima hingga sepuluh minit pada lipatan-lipatan pakaian anda. Kemudian simpan dalam almari dengan rapi.

3. Hitam atau Putih
Memakai item fasyen dengan satu warna seperti semua hitam, atau semua pakaian putih akan membuat postur tubuh kelihatan lebih tinggi dan menarik. Ini merupakan cara yang mudah untuk membuat pakaian kelihatan lebih mahal. 

Anda boleh menambah aksesori mudah untuk mempercantik penampilan. Yang perlu diingat, pastikan warna putih yang dimiliki benar-benar berwarna putih dan tidak berubah kekuningan, sedangkan warna hitamnya tidak pudar.

4. Tas
Pemilihan bentuk dan warna beg yang digunakan juga sangat berpengaruh terhadap penampilan. Pilihlah beg dengan bentuk sederhana dan warna yang sesuai untuk membuat penampilan busana kelihatan lebih mewah.

5. Butiran pada Pakaian
Melakukan beberapa pengubahsuaian pada pakaian bukanlah hal buruk. Anda boleh menukar butang plastik pada pakaian atau blezer dengan kancing kualiti yang lebih bagus. Buang juga pita-pita besar atau aplikasi yang tidak diperlukan pada pakaian sehingga tidak kelihatan jembel.

6. Aksesori Gold dan Silver
Penambahan aksesori berwarna gold atau silver akan mencantikkan penampilan harian anda.

7. Gunakan Belt/tali pinggang
Tidak ada salahnya menambah belt pada pakaian agar tubuh kelihatan lebih ramping dan terbentuk dengan maksimum.

8. Jangan Lupa Menggunakan Makeup dan Tatanan Rambut yang rapi
Bahan pakaian yang mahal tidak akan tidak kelihatan bagus tanpa tatanan rambut yang kemas, dan sentuhan makeup. 

Anda tidak perlu ke salon setiap hari, tetapi cukup menyikat rambut di rumah dengan alat sederhana atau mengikat rambut dengan rapi, menggunakan bedak, serta lipstik kegemaran. 

Dijamin, pakaian murah Anda akan kelihatan lebih mahal dan bergaya.

No comments

Powered by Blogger.