9 Punca Kenapa Haid Wanita Tidak Teratur - Abang Terlajak Laris


9 Punca Kenapa Haid Wanita Tidak Teratur


Sesetengah wanita mengalami haid yang tidak teratur.  Adalah penting untuk korang tahu kenapa terjadinya macam tu?

1. Kegemukkan 
Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Bagi yang berbadan besar tu pasti akan mengalami pengalaman haid tak teratur ni. Saiz badan pun boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid kita.

2. Terlalu kurus
Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid kita. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

3. Berlebihan hormon prolaktin 
Hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya. Hormon prolaktin ini bagi kesan kepada ovulasi dan kitaran haid kita. Itulah sebabnya agak sukar bagi ibu menjadi hamil sekiranya anda menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama. 

Prolaktin ini menyekat pengeluaran 2 hormon penting ovulasi iaitu FSH (follicle-stimulating hormone) dan GnRH (Gonadotropin-releasing hormone). Kedua hormon ini yang bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari. Sekiranya anda mempunyai prolaktin yang berlebihan dalam badan, ovulasi tidak akan berlaku dan anda tidak akan hamil. Prolaktin juga boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu. 

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk hamil dan dalam masa yang sama mempunyai masalah tiada haid, anda mungkin mempunyai prolaktin yang berlebihan atau hyperprolactinaemia. Tahap prolaktin boleh diukur dengan senang melalui ujian darah.

4. Menapous
Ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku. Namun, akibat dari kurangnya nutrisi, terlalu kurus dan tidak bersenam proses menapous blh berlaku awal 30an ya. Jadi, amalkanlah pemakanan serta cara hidup sihat & seimbang

5. Pencegah hamil
Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon

6. Stress
Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya, mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid. Sebab tu kalau bulan ni kita stress, haid mungkin keluar sedikit sahaja

7. Penyusuan badan
Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

8. Masalah tyroid
Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

9. Ubat ubatan
Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita. 

Sumber: Yatiesendayutinggi

No comments

Powered by Blogger.