Air Jamu Untuk Ibu Baru Bersalin Yang Nak Kurus Cepat! - Abang Terlajak Laris


Air Jamu Untuk Ibu Baru Bersalin Yang Nak Kurus Cepat!


Berat yang naik berganda waktu mengandung memang buat ibu susah hati. Bimbang berat kekal begitu walau pun sudah lama bersalin. Buat ibu yang baru bersalin dan berdepan masalah ini, jangan tunggu lama hingga habis pantang untuk berbuat sesuatu bagi menurunkan berat badan.

Usah biar lemak makin tepu, sebelum tempoh pantang tamat amalkan air jamu yang dikongsi oleh Habibah Badar Bajrai.  Ujarnya resepi jamu ini dibuat oleh rakannya seorang guru spa yang turut mengamalkannya sewaktu baru melahirkan bayinya. Ia sangat mudah tapi berkesan.

Keberkesaanannya terbukti kerana menurutnya selepas seminggu mengamalkannya, jeans yang ketat sudah mampu disarung.

Tidak mustahil kerana jika dilihat bahan yang digunakan semuanya jenis rempah yang mampu menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Pun begitu katanya, jamu ini sesuai juga diamalkan oleh ibu yang menyusu.

Paling menarik, ramuan yang sama turut boleh digunakan untuk bertangas dan mandian rempah oleh ibu dalam pantang.

Bahan-bahan:
7 sudu makan halba campur
1/2 sudu makan kunyit
1 sudu makan cengkih
1 batang kayu manis ceylon
3 helai bay leaf
5 kuntum bunga lawang
Lemon
Madu

Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali madu dan lemon lalu tambah dengan air kuantiti 2 liter.
2. Rebus selama 10 minit, kemudian padamkan api.
3. Biarkan air rebusan suam sebelum dituang ke dalam gelas.
4. Perah lemon dan tambah 1 sudu madu dalam gelas. Kacau rata ikut arah lawan jam.
5. Minum air ini pada waktu pagi dan malam sebelum makan
6. Simpan baki air rebusan dalam peti sejuk. Panaskan bila mahu meminumnya.



Sumber:  Habibah Badar Bajrai via vanillakismis

No comments

Powered by Blogger.