Buat Sendiri Je Sardin! Rasa Macam Beli Dekat Kedai - Abang Terlajak Laris


Buat Sendiri Je Sardin! Rasa Macam Beli Dekat Kedai


Nak makan ikan sardin puas puas? Jom buat sendiri je.

Kalau beli dalam tin berapa kerat sangat dapat kan?

Dah harga pun mahal.

Bahan bahannya ialah..

1- Ikan Kembong/Selayang atau Sardin
2- Bawang besar diracik halus
3- Cili Boh 2 sudu
4- Tomato biji dan Tomato puri
5- Sos ikan atau sos sotong
6- Garam
7- Kicap barang sesudu.

Cara caranya ialah..


1. Buang kepala dan ekor dia siap-siap.



2. Tomato Puri guna Ayam Brands juga sebab nak kasi aroma tu 2x5 macam dalam tin. Bawang dan tomato potong siap siap. Sos ikan 3 sudu (ikut selera kemasinan anda).


3. Tumis bawang dan cili boh barang seketika sampai layu.


4. Lepas tu masukkan tomato puri+tomato buah+sos ikan+garam sikit sesedap rasa korang. 
Kalau pekat sangat, sila masukkan secawan air. Jangan cair tau.


5.  Ikan yang dah dibasuh bersih dan diselawat tadi, susun beratur dalam periuk. Akak pakai periuk renih sup biasa jer, yang beli untuk buat bubur nasi anak anak tu jer. Pakai periuk mak korang yang biasa tu pun boleh. Tapi api kena perlahan dan kena selalulah jengok kalau periuk biasa ni. Tu jer beza dia.


6. Masukkan kuah yang dibikin tadi dalam periuk ikan yang sedang bersusun tu tadi. Set periuk kat ' high'. Biar dia merenih kat situ, korang pergi layan Facebook dulu. Dalam 3 jam dah masak dengan jayanya.


7. Hasilnya lepas 2 jam. 


8. Kalau nak menjadi sardin, KPI nya adalah sampai tulang ikan tu boleh dimakan
Ranggup dan berperisa. 


Resepi oleh: Tengku Khalidah Tengku Bidin

No comments

Powered by Blogger.