Cara Buat Ikan Celup Tepung Rangup! - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Ikan Celup Tepung Rangup!


Resepi ini dikongsikan oleh Ummi Hana di group Masak Apa Hari Ni.

Cara buat ikan celup tepung yang rangup.

Ini bahan bahannya..

Sepeket tepung beras
2 biji telur ayam
3 sudu serbuk kunyit
3 sudu besar air kapur
Garam secukup rasa
Air ais - agak gak tepung tu tak cair dan tak pekat

Cara caranya ialah..

1. Satukan tepung beras, serbuk kunyit dan garam dan gaul bagi sebati.


2.  Masukkan air ais tu ikut kepekatan yang sesuai.

3. Masukkan telur dan air kapur - Gaul sebati



4. Goreng dalam minyak banyak dengan api sedang sedang je.

* guna air ais tepung tu lagi rangup
* pastikan minyak betul betul panas baru tepung dia jadi berkerak cantik.

No comments

Powered by Blogger.