Cara Mudah Untuk Ibu Hamil Berpuasa? - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Untuk Ibu Hamil Berpuasa?


Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?

Tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walaupun beberapa kajian telah dibuat, kami masih tidak pasti jika berpuasa adalah selamat untuk anda dan bayi anda. 

Walau bagaimanapun, berpuasa semasa hamil nampaknya selamat untuk anda dan bayi jika anda rasa cukup sihat, dan kehamilan sedang berlangsung tanpa masalah.

Jika anda rasa tidak sihat, atau bimbang akan kesihatan diri atau bayi dalam kandungan, anda diharuskan untuk tidak berpuasa. Rujuklah kepada doktor anda dan buatlah pemeriksaan kesihatan sebelum anda memutuskan untuk berpuasa.

1. Sentiasa bertenang dan elakkan stres. Perubahan dalam rutin anda, kekurangan makanan dan air, dan makan dan minum pada masa yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan. Wanita hamil yang berpuasa pada bulan Ramadan didapati mempunyai tahap hormon kortisol dalam darah mereka yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak berpuasa.

2. Terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.

3. Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.

4. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.

5. Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.

6. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.

7. Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.Tip-tip kesihatan semasa hamil dan berpuasa.

No comments

Powered by Blogger.