Cara Sediakan Minuman Selepas Datang Haid - Abang Terlajak Laris


Cara Sediakan Minuman Selepas Datang Haid


Boleh amalkan jika period tak teratur, tapi sebulan sekali sahaja. Jangan nak buat banyak kali ya dalam sebulan.

Minuman ni memang untuk sebulan sekali saja, sebab penggunaan manjakani, sireh, kunyit yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dalam erti kata lain cepat menopause.

Bahan bahannya
Halia (anggaran besar ibu jari) 
Kunyit (anggaran besar ibu jari)
Serai (2 batang)
Daun pandan (2 helai)
Gula Batu atau Madu (ikut tekak) 
Air 3 cawan

Tambahan jika perlu
Sireh (2 helai) jika anda mengalami masalah keputihan
Manjakani (1biji) untuk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai untuk anak dara

Cara caranya
1. Basuh bahan dan rebus semua bahan 
2. 3 cawan air hingga jadi 1 cawan air
3. Tak perlu dipotong / dihiris (kalau nak hiris pun terpulang)
4. Selepas air dah kering menjadi 1 cawan tutup api minum ketika suam (tak perlu diblend)


Kelebihan minuman ni

Membersihkan rahim selepas period 
Mengeluarkan angin 
Memecahkan lemak-lemak
Mengurangkan masalah bau badan
Kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni.

Minum sebulan sekali selepas period saja.

Boleh diminum oleh anak dara, mak dara, ibu nyusu (ikut kesesuaian bayi).

Tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Tak rasa apa-apa malah air ni wangi (sebab sesuai untuk bau badan) ada gula batu di jamin tak pahit tapi halia jangan lebih-lebih nanti rasa pedas la.

Jika anda tambah manjakani sumpah pahit gila. Kalau tak tambah ok je. 

No comments

Powered by Blogger.