Cara Simpan Stok Lauk Teratur & Mudahkan Kerja Memasak - Abang Terlajak Laris


Cara Simpan Stok Lauk Teratur & Mudahkan Kerja Memasak


Perkongsian daripada Naemah Balqis ini cukup berguna sekali untuk ibu-ibu bekerja. Beliau berkongsi tip penyimpanan bahan-bahan mentah seperti ayam, ikan udang serta sotong dengan cara paling teratur agar dapat menjadikan kerja memasak lebih pantas.

Maklumlah pulang dari kerja kebanyakan kita tak punya banyak masa di dapur tapi pada masa yang sama anak-anak dan suami sudah kelaparan. Agar kerja memasak lebih mudah kita tiru cara ini. Yang pasti ramai yang kagum lihat cara penyimpanan ibu ini yang cukup teratur sekali.









1. Beli bahan mentah untuk kegunaan tiga minggu jika suka. Boleh beli setiap awal bulan.

2. Bersihkan ikan, udang, sotong dan sebagainya yang dibeli.

3. Sediakan bekas-bekas khusus untuk menyimpan bahan mentah. Beli banyak sebaiknya.

4. Masukkan bahan mentah ini dalam satu bekas tapi pastikan dalam kuantiti cukup untuk sekali masak. Jika mahu masak lebih asingkan dalam satu lagi bekas.

5. Masukkan air dalam bekas hingga menenggelami sedikit bahan mentah tadi. Ini tip untuk memastikan sotong, ikan, udang dan sebagainya tahan lebih lama.

Bila nak memasak keluarkan satu bekas bahan mentah yang diingini. Cara ini bahan dari peti lebih cepat cair kerana kuantitinya sedikit dan kerja memasak lebih cepat dimasak kerana lauk pauk sudah dibersihkan dan diasingkan terlebih dahulu. 

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.