Jenuh Cuba Bermacam Cara Batuk Masih Tak Lega? Cuba Petua Ni - Abang Terlajak Laris


Jenuh Cuba Bermacam Cara Batuk Masih Tak Lega? Cuba Petua Ni

Pernah tak batuk berbulan-bulan lamanya walaupun dah makan macam-macam ubat tapi masih juga tak sembuh batuk? 

Jenuh cuba bermacam-macam cara tapi masih juga tak lega. 

Apa kata cuba tips di bawah ni.



Tips Mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu :

3 - 4 ulas bawang putih yang dikupas dan dicincang halus.
1 cawan madu
Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu
1 cawan madu dan bawang yang dicampur ditutup dan disimpan 3 jam sebelum dimakan.
Selepas 3 jam boleh dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.

Manfaat bawang putih untuk batuk :

Bawang putih mempunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteri, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.

Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.

Kalu nak lebih mudah boleh cuba iv mist untuk legakan batuk. Selamat mencuba dan klik share jika bermanfaat.

Petua oleh: Azliza Talib

No comments

Powered by Blogger.