Jus Kunyit Buat Kaum Ibu Bagi Sihat & Mantop - Abang Terlajak Laris


Jus Kunyit Buat Kaum Ibu Bagi Sihat & Mantop


Bukan senang jadi wanita ya, semua tubuh nak kena jaga sebab badan kita ni nak pakai lama. Tambah pula bila dah bersalin anak kedua ketiga dan keempat. 

Haaa... inilah resepi Jus Kunyit Viral yang orang buat jual RM18 KE RM25 sebotol itu, khasiat dia banyak boleh buat ibu-ibu jadi sihat/mantop/ketat secara semulajadi.

Kalau rajin anda buatlah air rebusan yang dikongsikan Puan Huda Farezol ini banyak-banyak kemudian jual. Ini bahan-bahan yang ada di dapur je, senang!

Pesanan: Kunyit anda kena rendam garam dulu dalam 2 jam bagi getah kunyit hilang.

1. Sediakan bahan-bahan kunyit, halia, manjakani, kurma, asam jawa, gula melaka.


2. Kisar dengan 1 liter air + semua kecuali gula melaka dan asam jawa.(manjakani kalau tak nak pahit tak payah blend, rebus sekali dengan asam jawa & gula melaka)


3. Masukkan bahan blend tadi dalam periuk yang kita masak gula melaka dan asam jawa, sampai mendidih.





4. Tunggu sejuk, tapislah guna penapis santan ke, letaklah dalam apa-apa bekas.


5. Siap, boleh simpan dalam peti sehingga sebulan.

6. Minum 1/3 cawan kalau pekat. Minum 2 kali seminggu dah cukup.


Sekian, selamat mencuba.

via Mingguanwanita

Hanya rm10 boleh dapatkan di semua kedai jamu, kiosk, pasar mlm atau hubungi 0132334133

No comments

Powered by Blogger.