Kalau Nak Cepat Kebah, Cuba Resipi Sup Ni - Abang Terlajak Laris


Kalau Nak Cepat Kebah, Cuba Resipi Sup Ni

Meskipun bila demam kita akan terasa sejuk-sejuk badan dan hilang selera untuk menjamah hidangan. 

Pun begitu, untuk ‘melawan’ penyakit demam agar kebah dengan cepat dan sekali gus membantu membangkitkan selera ada satu cara yang boleh diamalkan. 

Anda boleh cuba Sup Antibiotik ini untuk tujuan memanaskan tubuh dan sekali gus memberi tenaga untuk kembali sihat.  


Bahan bahanya:
5 biji buah pelaga
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih-dihiris halus
1 biji bawang besar-dihiris halus
3 biji lada hitam
3 cawan air
1 batang lobak merah-dihiris bulat
Sedikit ikan bilis

Caranya:
1.    Masukkan semua bahan dalam periuk.
2.    Biarkan mendidih dan bahan-bahan lain empuk.
3.    Sedia dinikmati.

Sesuai juga ditambahkan bihun untuk dapatkan sedikit karbohidrat.
Manakala sumber protein boleh juga dimasukkan dengan isi ayam.  
Untuk lebih enak, tambahkan daun sup atau batang saderi yang dihiris untuk rasa dan aroma yang enak.

Sumber: keluarga.my

No comments

Powered by Blogger.