Cuba Amalkan Air Rebusan Rempah Daun Sirih - Abang Terlajak Laris


Cuba Amalkan Air Rebusan Rempah Daun Sirih


Kali ini cuba amalkan minum jamu air rebusan rempah daun sirih. Ini langkah langkahnya untuk menyediakan air rebusan yang dikongsi oleh Amanda Tan.

Bahan-bahan:
3 lembar daun sirih
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh kecil bunga cengkih
1/2 sudu teh kecil buah pelaga
1 inci halia tua

Cara caranya:
1. Ketuk buah pelaga dan bunga cengkih supaya boleh keluar bau dan aromanya.
2. Masukkan bahan-bahan ke dalam periuk bersih.
3. Masukkan 5 cawan air ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih. Lepas mendidih, tutup periuk, tutup api dan diamkan periuk selama 10 minit.
5. Tambahkan madu sebagai pemanis (jika perlu). Gunakan sudu plastik.
6. Air rebusan rempah daun sirih siap diminum.

Minuman Ini Sangat Bagus Untuk:
Merawat batuk
Rawat sakit tekak dan mulut
Menghilangkan bau badan
Mewangikan badan
Membuang angin badan
Melegakan urat saraf
Menyegarkan kembali badan
Merawat masalah keputihan untuk para wanita

Panduan Pengambilan
Amalkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Minum air rebusan selepas makan, bila-bila masa sahaja sebagai air teh.   

Nota Kaki
Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Sesuai diambil selepas datang bulan untuk mewangikan kembali badan.
Sudu plastik digunakan untuk mengekalkan khasiat madu.
Air rebusan digalakkan minum suam-suam panas supaya melancarkan peredaran darah.
Tidak digalakkan menambah ais sebab ais akan menyukarkan proses penghadaman kita.
Bila amalkan air rebusan herba, tidak digalakkan minum air kelapa dalam waktu terdekat sebab air kelapa akan menawarkan/meneutralkan khasiat herba.

Jangan Tak Tahu
Ia juga sesuai untuk kanak kanak 5 tahun ke atas jika ada masalah batuk. Boleh beri dua sudu besar atau ikut keperluan badan.

Berjamulah untuk mengekalkan kesihatan badan kita menerusi cara tradisi.

Sumber/Foto: Amanda Tan @ Amoi Jamu via Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.