Masker Daripada Cuka Epal Cider, Madu Terbaik Rawat Jerawat - Abang Terlajak Laris


Masker Daripada Cuka Epal Cider, Madu Terbaik Rawat Jerawat


Masker jerawat buatan sendiri adalah penawar semula jadi yang sangat baik untuk menghapuskan jerawat dan parut jerawat.  Madu berfungsi menghidrat kulit anda, memastikan ia lembut dengan mengekalkan kelembapan, dan menggalakkan pembaharuan sel kulit. 

Madu sangat bermanfaat untuk kulit berjerawat kerana ciri-ciri antiseptik dan antibakterianya. Sifat antiradangnya juga membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan yang disebabkan oleh jerawat. 

Adalah lebih baik untuk menggunakan madu organik yang mentah dan bukan madu yang diproses kerana ia boleh merengsakan kulit anda. Gula berfungsi sebagai agent semulajadi yang membantu dalam memecahkan tisu parut dan membuka liang-liang kulit. 

Biarkan masker selama kira-kira 10 minit dan kemudian bilas dengan air. Gunakan masker kecantikkan ini kira-kira sekali atau dua kali seminggu.

Bahan-bahannya:
Cuka epal cider
Teh hijau
Madu
Gula

Cara Membuatnya:
1. Masukkan satu sudu teh cuka epal cider dalam mangkuk.
2. Tambah dua sudu teh teh hijau sejuk.
3. Tambah lima sudu teh gula.
4. Masukkan satu sudu teh madu di dalamnya.
5. Kacau campuran dengan baik. Untuk lebih pekat, tambah lebih gula.
6. Ratakan masker pada muka anda menggunakan pad kapas dan urut selama beberapa minit untuk membuang sel-sel kulit mati dan meningkatkan peredaran darah.

No comments

Powered by Blogger.